Blogroll

Tuesday, December 22, 2009

degupan dariNya

dan jika aku mati
matikan aku dengan jantungku ini
usah diganti
simpanlah jantung mu itu buat mengenang diriku
selagi jantung mu berdegup
selagi itu lah aku sentiasa disisimu
biarpun aku jauh
biarpun aku tidak dapat disentuh oleh mu

ya mungkin sudah tersurat
jantung ini hanyalah pinjaman untukku
sementara
seketika
namun bermakna

Thursday, December 17, 2009

flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3

Oh ya.. ada tak korang baca paper or tengok berita pasal Malaysia Airlines System? Teruja ella baca pasal MAS buat flymas mobile. Tetiba pulak kepala berangan terbayang terbang pergi bercuti oversea. Syok jugakan dapat pergi holiday time cuti sem macam ni. Sebelum start kelas boleh lah refresh otak dengan experience baru nanti start sem baru boleh lah bercerita panjang macam time sekolah dulu hari pertama mesti cikgu tanya cuti awak buat apa.

Dengan flymas.mobi ni korang tak payah lagi nak on laptop bagai, capai je handphone then access ke internet then taip flymas.mobi then sceen handphone akan tunjuk macam kat bawah ni and now u may start booking your flight.




disebabkan tak ada handphone yang canggih lagi mahal macam korang semua, ella just navigate kat browser paste untuk korang. boleh masuk list target tahun depan ni beli iphone satu senang nak booking flight balik kampung.

See.. Senang bukan? tengah makan kacang sambil tengok tv dengan anak pun boleh booking. Sekarang jangan cakap susah lagi nak booking tiket sebab nak kena online or kena pergi purchase tiket kat kaunter at last tak boleh bawa family pergi holiday sebab tiket dah sold out. Dengan flymas.mobi ni korang boleh terbang kemana saja dengan layanan 5 bintang. Mana lagi korang nak dapat dengan layanan macam tu kalo bukan dengan MAS yang dah banyak kali menang award. Sesenang korang draw duit kat mesin atm macam tu lah jugak dengan flymas.mobi, sebab tu lah ella cakap "flymas.mobi - as Easy as 1,2,3!" jommm terbang! chill~

Friday, December 4, 2009

biarpun kecil tapi bermakna

semalam kita jumpa
selepas empat tahun
ah tipu kalo cakap tak jumpa langsung
setakat hai awak dalam kereta sebelah jalan sana buat apa
saya nak awak depan mata saya
sebab saya rindu!
bila awak depan mata saya kelu
mungkin awak tak perasan
saya nak menangis
sebab awak datang
disaat semua menarik diri
manusia ya janji manusia
fizikal awak semua berubah
dulu awak pendiam
nak buka pun awak tak mampu
mungkin dulu saya garang
jeling sampai mata hitam terlekat
sekarang sudah tidak
saya sudah pandai walaupun tak semanis ciku
biar apapun siapapun awak tetap kawan saya
sekali saya cakap kawan
selamanya kita kawan.


terimakasih nazihah,asila,hazila, farhana, nasirewan,syamsi,hilmi,halim dan izi.

03.12.09
mcd paya bunga




Thursday, December 3, 2009

hujan itu anugerah

rintik hujan gemercik memecah dingin malam.
pasti anugerah maha esa.
menyiram bumi menghapus dosa.
segarlah fauna.
mekarlah flora.
buat santapan khalifah dibumi.

Wednesday, December 2, 2009

jangan pernah hilang

saya jerit kuat.
awak tak dengar.
senyap.diam.hilang.
saya tahu awak jauh.


kemari lah.saya rindu.

sayang dia part 2

mula hanya ucapan hai.
kemudian berbalas usikkan.
terbit sayang padamu kawan.

mungkin jodoh dalam persabahatan.
sehingga kini kekal dihati.
dirimu tiada ganti.
aksi mu mengamit memori.
gelak tawa senyum mu umpama penawar.
buat aku sahabat ku tersayang.


2.24am/021209
pondok sekuci

untuk awak sesiapa sahaja

andai masa telah tiba...
andai takdir menemui suratannya...
teruskan langkah mu...
usah kau berpaling...
mungkin disana lebih damai...
akan ku pasti...
semangatku buatmu selamanya...


Thursday, October 29, 2009

sayang dia part 1

nun bintang berkelip aku mendongak
umpama kau setia disitu
rinduku padamu pasti terbit
untukmu sayangku setiap waktu
lakaran potretmu pasti ku kenang

mungkin ini takdir kita
arakan awan menuruti langkah kita
retak beribu bukan halangan
demi mu sahabatku apa saja kan ku turuti
hanya ilahi mampu mengerti
ini luntukmu cetusan hati mindaku
agar kamu tahu
hanya kamu cokelatku teddyku pelangiku



3:18 AM/29oct09
205 kds/jt

Sunday, October 11, 2009

jika itu ceritanya

jika benar hatiku terluka...
aku mencari penawarnya...
jika benar itu hakikatnya..
aku redha dalam menerimanya..

kalau dia bukan untukku..
aku pasrah dalam kesyukuran..
kerna aku tahu...
pasti ada yang lebih baik untuk ku disana...

Wednesday, October 7, 2009

andai itu yang terakhir...

andai masa telah tiba...
teruskan langkah mu...
usah kau berpaling...
mungkin disana lebih damai...

andai takdir telah menemui suratannya...
terimalah ia dengan redha...
mungkin itu pengakhiran segala cerita...

andai itu pertemuan yang terakhir...
layangkan senyuman dengan semanisnya...
alunkan suara dengan semerdunya...
mungkin ianya menjadi memori...
buat peneman dikala kesepian....