Blogroll

Saturday, May 15, 2010

cerita hati 1

aku melayangkan warkah ini
mencoret seribu erti rasa hati
hanya hati mengerti
hanya jiwa memahami
aku tenggelam dalam dunia ciptaan aku sendiri
tiap masa kau bertanya menyoal hati dan jiwa
mampukah aku menerima dugaan dariNya
aku harus kuat, ya kuat
kerna aku tidak mahu mereka menitiskan air mata hanya kerna aku
biarlah hanya aku yang merasa peritnya jiwa ini
sakitnya perasaan ini
seksanya diri ini
aku hanya mahu mereka melihat
diriku ketawa seketika aku polos dalam pentadbiran hidup
diriku tersenyum mekar umpama mawar merah yang semerbak baunya
aku cuba membuang segala apa yang dinamakan airmata kekecewaan kesedihan
kerna aku tidak mahu mereka melihat aku seperti sebelas tahun lalu
menitiskan air mata bertemankan kenangan yang takkan mungkin akan dikecapi lagi
aku rindu
aku rindu saat aku adalah aku
sekian lama aku memendam rasa
berpura aku kuat aku tabah
biarpun hakikatnya aku tidak lagi berdaya untuk melangkah
ya Allah swt
berikanlah aku kekuatan untuk hidup seribu tahun lagi kerna aku hanya mahu membuat mereka gembira.

0 comments: