Blogroll

Saturday, May 15, 2010

cerita hati 2

ianya tumpah lagi
alis ini penat untuk minitiskannya lagi
tetapi aku tidak berdaya untuk menahan
hati melukiskan tanda tanya
fikiran menyoal kewajaran
waraskah aku dalam menerima semua itu
tegarkah aku melukakan hati orang lain hanya kerana hati aku
layakkah aku menerima kehidupan bahagia sedangkan insan lain merana
sedarlah engkau seperti memutuskan satu tali yang sudah hampir tersimpul mati
hinakah aku seorang perempuan yang mencari cinta abadi
berdosakah aku membuat dia ketawa bahagia
sedangkan aku tahu dia bukan milik aku
biarpun hati ini sentiasa mengaminkan doa agar dia memang tercipta untuk aku
hanya aku

0 comments: