Blogroll

Wednesday, June 23, 2010

cerita hati 6

aku
bukan perempuan biasa
tetapi pelik
tak punya apa apa
cuma cukup sifat dari yang Esa

aku
suka berlari membawa diri, terbang
cuba melupakan segala perkara
memadam setiap kenangan memilukan

aku
cuma mahu aku
mahu ketawa
mahu gembira
mahu hidup aku sempurna
sesempurna kehidupan mereka
bukan terangsing di teratak sendiri
bukan bertapak di pondok ini

aku
aku akan menunggu pelangi itu

Friday, June 11, 2010

cerita hati 5

hidup
kadang kala menyakiti tanpa disedari
kadang kala terlalu gembira hingga terlupa titik kesedihan

hidup
aku tenggelam dalam dunia aku
cuba untuk lari keluar
mencari erti keindahan kehidupan

hidup
jalan aku penuh liku
tiada simpang membahagiakan

hidup
pengorbanan aku tidak minta dikenang
cukup sekadar mereka bahagia
aku rela derita demi senyuman dia


aku si penunggu pelangi 7 warna melingkari hati