Blogroll

Thursday, July 1, 2010

cerita hati 7

aku berjalan
menyusuri pentas
lukisan kehidupan
melorek keputusan penentu usia
aku harus kuat
berpegang pada kata hati dan naluri
aku gusar
persimpangan itu cukup menduga
berhenti
berfikir
ke kiri jalannya berliku gelap
yang hujungnya belum tentu bercahaya
ke kanan jalannya tenang lurus
yang hujungnya kelihatan kelam
aku dilema
kuatkah diri ini
gigihkah hati ini
andai jalan aku pilih ini penuh cerucuk yang memaksa aku untuk berjalan bukannya berlari.

1 comments:

Anonymous said...

i am gonna be around~