Blogroll

Wednesday, November 16, 2011

cerita hati 16

Bercinta denganmu memerlukan seribu satu pengorbanan, semangat dan kesabaran



Setiap manusia dicipta dengan pelbagai ragam dan kerenah, kunci utama dalam perhubungan bermula dengan mengenali ragam dan kerenah itu

Sunday, October 2, 2011

cerita hati 15

Seseorang pernah berkata

"Untuk mencari seorang sahabat ibarat mencari berlian dipadang pasir, jika kita temui berlian itu jagalah ia sebaik menjaga nyawa kita kerna dia adalah sahabat sejati bukan rakan bukan kawan"

Tuesday, August 30, 2011

cerita hati 14

Sebelas tahun lalu tiada siapa menyangka dia pergi selamanya
Tanpa memberi petanda
Mungkin seperti mengetahui permergiannya akan ditangisi
Perginya dia tanpa sesiapa disisi untuk mengalunkan syahadah
Tapi ku tahu dia tenang disana tika ini

Sebelas Ramadhan berlalu
Namun pemergian itu tetap ditangisi
Dan akan sentiasa ditangisi sehingga diri ini dijemput Dia yang Satu


Syawal ini
Sekali lagi ku sendiri tanpa seorang abang menemani
Pulanglah sesaat walau hanya dalam mimpi
Selamat Hari Raya Abang Wan


Al-fatihah~


Rindunya la nak jumpa abang wan.. sangat!

Saturday, August 20, 2011

cerita hati 14

Panjatkan doa pada yang Satu kerna hanya Dia yang mengetahui rahsia hati

Monday, August 1, 2011

cerita hati 13

Jika berniat untuk mengonkong lupakan lah..
Kadang kala aku juga mau terbang sendiri di awan biru..
Merasa deruan angin lalu..
Biarkan aku terjatuh sendiri agar aku mengenali erti kesakitan..
Usah cuba mengawal sayapku ini kerna aku sendiri mampu terbang mengapai setiap apa daku impikan..

Sunday, May 8, 2011

cerita hati 12

tidak pernah terdengar kata kata penat walaupun nafas menghembus berbunyi keletihan
riak muka tidak pernah menipu biarpun hati diselubungi kegusaran
mulut sentiasa menuturkan kalimat doa beserta harapan
mata tidak pernah lekang manatap wajah biarpun kedutan mula menjalar
telinga setia menjadi pendengar tiap kali luahan perasaan dimuntahkan
keringat mengalir demi memberi kesenangan buat tersayang
tiada kata dan harta mampu membalas jasamu
melainkan doa dari anakmu untukmu
oh ibu


selamat hari ibu 8mei2011